Di China Tetrafobia

Kerajaan China mengamalkan tetrafobia dengan membuat nombor bersiri pesawat tentera bermula dengan angka 5, misalnya jet pejiang "Shenyang J-5". Begitu juga, tentera-tentera laut Taiwan dan Korea Selatan tidak memakai angka 4 sewaktu memberikan nombor panji-panji pada kapal-kapalnya.

Di Hong Kong, bangunan-bangunan pangsapuri seperti Vision City[4] dan The Arch[5] melangkau tingkat 40 hingga 49, maka tingkat 39 disusuli terus oleh tingkat 50. Dalam bahasa Kantonis, 14 dan 24 kedengaran lebih sial daripada angka 4 sahaja kerana 14 kedengaran seperti "pasti mati" (實死) dan 24 pula "senang mati" (易死).

Di mana bertemunya kebudayaan Asia Timur dan Barat seperti di Hong Kong dan Singapura, sesetengah bangunan turut menggugurkan tingkat 13 di samping semua tingkat yang berangka 4.